Wednesday, October 7, 2015

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid : Pemurah Di Dalam Kebaikan [Kitab Riyadhus Shalihin]


Bersihkan sifat kedekutmu walau dengan memberikan sebahagian daripada sebiji kurma.

Maksudnya :

Jadikan kamu itu bersedekah walaupun dengan sebelah sebiji kurma untuk dijadikan benteng kamu daripada masuk ke dalam api neraka.

Ingin mencari fadhilah bersedekah sebagai penghalang untuk dihukum dengan neraka.

Aisyah R.A pernah memberikan sebiji kurma kepada seorang fakir lalu ditegur oleh pembantunya kerana terlalu sedikit peberiannya lalu dibalas oleh Aisyah :

"Tidakkah kamu tahu dalam firman Allah SWT :



Ini sebiji kurma ada berapa zarah di dalamnya?" Begitulah jauh pandangannya sebagaimana beliau belajar dengan orang yang jauh pandangannya.

Jangan menganggap remeh sedekah walaupun sedikit.

Takutlah kamu kepada Allah walaupun dengan separuh kurma.

Takutlah kamu dengan hukuman neraka kerana makanan daripada sumber yang haram walaupun separuh biji kurma.

*************************************************

Tidak pernah dikatakan 'tidak' oleh Rasulullah apabila diminta sesuatu.

Diriwayatkan semasa ramai orang hendak mencium hajarul aswad, datang seorang laki-laki yang turut ingin mencium batu tersebut. Maka apabila dilihat oleh orang ramai, maka laki-laki itu diberi laluan bak laut yang dibelah. Sebaik sahaja batu telah dicium dan orang itu berlalu, maka orang-orang itu bercantum kembali seperti air ayang menyatu kembali.

Seseorang telah bertanya siapakah orang itu? Bukan bertanya kerana tidak tahu,  pertanyaannya kerana memerli kerana semua orang tahu siapa lelaki itu.  Lalu dijawab oleh seorang penyair dengan memuji-muji lelaki itu sehingga lelaki itu dipenjara kerana terlalu memuji lelaki itu.

Antara pujiannya ialah : "Ini orang yang kamu tanya ialah semua orang Mekah kenal akan dia. Lelaki itu dikenali di tanah haram dan tanah halal. Orang yang tidak pernah berkata 'Tidak' kecuali di dalam tasyahud sahaja iaitu "Tidak Ada Tuhan Melainkan Allah" dan  lelaki yang diberi laluan itu adalah anak kepada Fatimah R.A. Husin Bin Ali iaitu cucu kepada Rasulullah.

Sifat ini diwarisi daripada Datuknya. Tidak pernah dikatakan 'tidak' oleh Rasulullah apabila diminta sesuatu. Jika ada, dieri, Jika tiada diberitahu elok-elok tetapi tidak dikatakan tidak.

*************************************************

Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Tiap2 para hamba Allah menempuh paginya, tentulah ada dua malaikat yang akan berdoa. 
Satunya berdoa :
Ya Allah berilah balasan pahala yang berlipat ganda kepada orang yang suka memberi iaitu dermawan.
Manakala satunya lagi berdoa :
Ya Allah berikanlah kepada orang yang kikir itu kehancuran dan kemusnahan pada hartanya.

Hadis ini mengajak kita untuk mengambil barakah daripada doa malaikat terhadap orang yang memberi supaya diberi ganti oleh Allah SWT.

************************************************
Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda. Allah SWT berfirman :

Berbelanjalah anak Adam, nescaya Aku belanjakan semula kepadamu.

No comments:

Post a Comment