Thursday, October 8, 2015

Tolong Sampaikan Pada Isteri & Anak Perempuan.. ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid


Wahai Nabi, beritahu kepada isteri-isteri kamu dan anak perempuan-perempuan kamu dan perempuan-perempuan mukminin apa yang perlu akan sampaikan :

1. Menjatuhkan kain menutupkan tubuh badannya iaitu jilbab iaitu kain yang luas untuk dipakaikan ke atas tubuh badan perempuan.

2. Meletakkan himar iaitu kain diletakkan di atas kepala iaitu tudung dan kain itu jatuh dan menutupi bahagian dada.

3. Jangan menunjukkan perhiasan iaitu tempat-tempat yang mengundang fitnah seperti tubuh badan.

Wanita hari ini lebih jahil daripada orang jahiliyah.

Wanita Yang Takut Kepada Allah.. ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Seorang wanita itu mahu dihormati perlu menghormati dirinya terlebih dahulu.

Jangan mendedahkan aurat supaya orang tidak melihat pada dirinya.

Maryam sendiri menjaga kehormatan dirinya sendiri, bukan Allah. Kisah ini terbukti ketika Jibril datang dengan menyerupai lelaki yang sempurna Maryam berkata saya berlindung kepada Allah. Maryam tidak terpikat dengan Jibril kerana rasa takutnya pada Allah dan ingin melindungi maruahnya.

Ibu bapa seharusnya tidak boleh begitu mempercayai anak kerana Rasulullah tidak percaya. Jangan berdolak dalih dengan syarak.


Nabi ﷺ Tak Ajar Kita Pandang Rendah Orang Lain.. ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid


Jangan terburu-buru menghukum orang kafir itu hina kerana kita tidak tahu penghujung seseorang itu dan penghujung kita.

Kita bencikan kekufurannya tetapi bukan individunya.

Tengok sentiasa kekurangan diri sendiri sebelum melihat kekurangan orang.

Orang yang tawaduk jika melihat dirinya tiada nilai dan lebih hina lebih rendah daripada orang lain.

Nabi tidak pernah menilai orang daripada apa yang baginda nampak.


Wednesday, October 7, 2015

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid : Pemurah Di Dalam Kebaikan [Kitab Riyadhus Shalihin]


Bersihkan sifat kedekutmu walau dengan memberikan sebahagian daripada sebiji kurma.

Maksudnya :

Jadikan kamu itu bersedekah walaupun dengan sebelah sebiji kurma untuk dijadikan benteng kamu daripada masuk ke dalam api neraka.

Ingin mencari fadhilah bersedekah sebagai penghalang untuk dihukum dengan neraka.

Aisyah R.A pernah memberikan sebiji kurma kepada seorang fakir lalu ditegur oleh pembantunya kerana terlalu sedikit peberiannya lalu dibalas oleh Aisyah :

"Tidakkah kamu tahu dalam firman Allah SWT :



Ini sebiji kurma ada berapa zarah di dalamnya?" Begitulah jauh pandangannya sebagaimana beliau belajar dengan orang yang jauh pandangannya.

Jangan menganggap remeh sedekah walaupun sedikit.

Takutlah kamu kepada Allah walaupun dengan separuh kurma.

Takutlah kamu dengan hukuman neraka kerana makanan daripada sumber yang haram walaupun separuh biji kurma.

*************************************************

Tidak pernah dikatakan 'tidak' oleh Rasulullah apabila diminta sesuatu.

Diriwayatkan semasa ramai orang hendak mencium hajarul aswad, datang seorang laki-laki yang turut ingin mencium batu tersebut. Maka apabila dilihat oleh orang ramai, maka laki-laki itu diberi laluan bak laut yang dibelah. Sebaik sahaja batu telah dicium dan orang itu berlalu, maka orang-orang itu bercantum kembali seperti air ayang menyatu kembali.

Seseorang telah bertanya siapakah orang itu? Bukan bertanya kerana tidak tahu,  pertanyaannya kerana memerli kerana semua orang tahu siapa lelaki itu.  Lalu dijawab oleh seorang penyair dengan memuji-muji lelaki itu sehingga lelaki itu dipenjara kerana terlalu memuji lelaki itu.

Antara pujiannya ialah : "Ini orang yang kamu tanya ialah semua orang Mekah kenal akan dia. Lelaki itu dikenali di tanah haram dan tanah halal. Orang yang tidak pernah berkata 'Tidak' kecuali di dalam tasyahud sahaja iaitu "Tidak Ada Tuhan Melainkan Allah" dan  lelaki yang diberi laluan itu adalah anak kepada Fatimah R.A. Husin Bin Ali iaitu cucu kepada Rasulullah.

Sifat ini diwarisi daripada Datuknya. Tidak pernah dikatakan 'tidak' oleh Rasulullah apabila diminta sesuatu. Jika ada, dieri, Jika tiada diberitahu elok-elok tetapi tidak dikatakan tidak.

*************************************************

Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Tiap2 para hamba Allah menempuh paginya, tentulah ada dua malaikat yang akan berdoa. 
Satunya berdoa :
Ya Allah berilah balasan pahala yang berlipat ganda kepada orang yang suka memberi iaitu dermawan.
Manakala satunya lagi berdoa :
Ya Allah berikanlah kepada orang yang kikir itu kehancuran dan kemusnahan pada hartanya.

Hadis ini mengajak kita untuk mengambil barakah daripada doa malaikat terhadap orang yang memberi supaya diberi ganti oleh Allah SWT.

************************************************
Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda. Allah SWT berfirman :

Berbelanjalah anak Adam, nescaya Aku belanjakan semula kepadamu.

Monday, September 28, 2015

Hiasilah Mulut Dengan Perkataan Yang Baik ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid


Orang yang datang ke majlis ilmu, tidak bawa pen dan kertas umpama org yang berperang tetapi tidak membawa senjata.
Ilmu itu umpama mangsa yang sedang diburu. Apabila dapat mangsanya mestilah diikat.
-Imam As Syafie

Orang yang belajar ilmu, mendengar ilmu atau orang yang berilmu, di dalam sabarnya mencari ilmu itu perlulah juga bersabar apabila berhadapan dengan orang yang memerli, memperlekeh atau menghina iaitu orang yang tidak mahu orang lain untuk menjadi baik. Jangan menghina, jangan merendahkan, jangan memaki kepada orang tersebut, jagalah adab ilmu melalui perkataan dan dengan berkata-kata yang baik.


Menurut Imam As Syafie ,orang yang jahil cakap buruk tentang aku, aku tidak mahu layan dengan cakap buruk juga. Dia bertambah jahil dengan cakapnya itu, aku pula bertambah mulia dengan tidak layan dengan orang tersebut umpama kayu gaharu dibakar baru semerbak wanginya orang berilmu yang alim akan jaga adab ilmunya dengan tidak mengotori sikapnya dengan sikap yang tidak betul sementara ilmu yang dia belajar akan mengajar untuk melakukan perkara yang betul. Kita diajar untuk menjaga perbuatan, menjaga lisan, dan kita belajar ilmu untuk bersabar.


Ketika kita menghadapi orang-orang yang mungkin sedikit mengganggu kita, kita tidak akan menunjukkan sikap yang bercanggah dengan ilmu yang kita sudah belajar dan inilah citra orang yang berilmu.