Monday, September 28, 2015

Hiasilah Mulut Dengan Perkataan Yang Baik ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid


Orang yang datang ke majlis ilmu, tidak bawa pen dan kertas umpama org yang berperang tetapi tidak membawa senjata.
Ilmu itu umpama mangsa yang sedang diburu. Apabila dapat mangsanya mestilah diikat.
-Imam As Syafie

Orang yang belajar ilmu, mendengar ilmu atau orang yang berilmu, di dalam sabarnya mencari ilmu itu perlulah juga bersabar apabila berhadapan dengan orang yang memerli, memperlekeh atau menghina iaitu orang yang tidak mahu orang lain untuk menjadi baik. Jangan menghina, jangan merendahkan, jangan memaki kepada orang tersebut, jagalah adab ilmu melalui perkataan dan dengan berkata-kata yang baik.


Menurut Imam As Syafie ,orang yang jahil cakap buruk tentang aku, aku tidak mahu layan dengan cakap buruk juga. Dia bertambah jahil dengan cakapnya itu, aku pula bertambah mulia dengan tidak layan dengan orang tersebut umpama kayu gaharu dibakar baru semerbak wanginya orang berilmu yang alim akan jaga adab ilmunya dengan tidak mengotori sikapnya dengan sikap yang tidak betul sementara ilmu yang dia belajar akan mengajar untuk melakukan perkara yang betul. Kita diajar untuk menjaga perbuatan, menjaga lisan, dan kita belajar ilmu untuk bersabar.


Ketika kita menghadapi orang-orang yang mungkin sedikit mengganggu kita, kita tidak akan menunjukkan sikap yang bercanggah dengan ilmu yang kita sudah belajar dan inilah citra orang yang berilmu.


No comments:

Post a Comment